Sunday, 19 August 2012

#raya1:ambik hati

salam alayk !

hari first day raya , memang hari yang memenatkan . tapi takpa , dapat duit raya hilang terus penat tuu *aku mata duitan dannnnnnnn ramai facebooker yang dok update gambaq raya , well syok raya normal laa kan . cakap pasai duit raya , tahun ni dapat sikit tak macam masa aku darjah dulu ya la pi ketok rumah orang jalan keliling kampung , memang best zaman tuu , hahaha . tahun ni dapat duit raya sikit and i force myself to be athankful person . takpa memaksa diri untuk benda baik , memang awal2 tak ikhlas tapi lama2 nanti dia akan rasa keikhlasan tuu sendiri . yeah , pagi tadi pi masjid then melawat kubur then pi makan nasi ayam kat rumah mak teh . woohhhhhhhh sedap gila plus sate ada . 

ni ni dah nak masuk main cerita dah ni

sewaktu petang menjelma , aku dan keluarga ku bertolak ke suatu tempat untuk pergi ke rumah seseorang #tempat , makanan dan orang dirahsiakan . okay then masa aku pi rumah orang tu kak aku bagi aku makan something dan dia boh penuh pinggan . aku pon makan laa . aku tak tau apa yang aku makan nak kata rasa ni rasa nu pon ada aku konfius . aku pon paksa laa diri aku makan makanan tu sebab nak ambik hati tuan badan yang memasak tu . takpa laa masa balik dari rumah hamba allah tu dada aku mula rasa tak sedap macam bunga api dok meletup kat dalam perut . pastu perjalanan malam tadi tetap aku rasa panas macam kat gurun sahara walaupon aircond dipasang sehabis sejukk . aku time tuu rasa macam nak joget pon ada sebab nak termuntah . nak sampai rumah tu dah la macam sini nak pi paris . aku tutup mata aku pening , aku bukak mata aku pening aku nak buka sitbelt takut JPJ saman . aku rasa masa aku dok dalam keta tu macam aku sumbat diri aku dalam kotak mi sedap . berpeluh-peluh macam jalan kaki 100 kilometre , sabaq ja laa . shawl aku yang berlilit macam ulaq sawa tu aku bukak duit raya yang aku dapat tu tah jatuh kat mana tah . sampaiiiiii jaaaaa rumah , masa nak keluaq kereta tuu aku kutip dulu duit raya aku tuu #mata duitan besa la  then aku pecut kalah hussein bolt cepat2 aku masuk rumah bukak lampu toilet

dannnnnnnnnnnnn

                        bluekkkkkkkkkkk

hah ! termuntah-muntah aku apa yang aku makan kat rumah tuu . ya allah pedih sungguh time tuu . aku rasa kalau aku tahan besen penuh kott #geli dak ? hahaha memang azab betul . punya lama nya aku muntah tuu ayah aku yang solatnya lama kalah tok arab dari awai dia solat maghrib sampai laa dia habis solat magrib tu pon tak habis lagi  hahaha . memang dugaan . tapi tak sihat tak sihat aku pon laa ni masih dapat update blog lagi , hahaha . memang jagung .


                                      ::::  gambar raya tadi , sebelum pi rumah orang tuu

No comments:

Post a Comment