Tuesday 11 February 2014

Long Time Ago ~

Bismillahhirrahmanirrahim.
Hahaha, okay awai taip entry pon dah nak tergelak. tekotar tangan den ni nak menaip ni. SERIOUS TALK, lama gila tak update blog. aku sisihkan blog ni sesisih mak tiri terhadap bawang putih. cuba kira berapa tahun dan berapa hari dah sejak last update. bukannya apa, act, dulu kemudahan untuk aku berkecimpung dalam dunia aku yg termenarik ni terhad. nak spm lah , laptop bersyaratlah, senang sangat, aku ambik keputusan untuk berehat SEKETIKA daripada blog.

Alhamdulillah, rezeki ALLAH bagi, dapatlah den menaip semula. tak dak apa yang menarik pon terjadi sepanjang ketiadaan aku kat 'dunia kecil aku ni'. sedikit sebanyak yang terjadi sepanjang bernafas ni InshaAllah mengajar aku dan manusia lain menjadi LEBIH Manusia. haaa, ayat pon dah macam apa lagi sejak menjadi penunggu keputusan SPM terhormat ni.


taraaaaaa ! dup dap dup dap aku bila tengok gambaq ni. Ya Allah, hanya Allah ja yang tau betapa galau, risau, gusar, gurau, ehhhhh. segala yang berkaitan lahh. bukan apa pepatah melayu jiwang kata " Penantian Adalah Suatu Penyeksaan". tuudiaaaa. usaha + doa + tawakal. usaha dah, sekarang kena kerja fulltime untuk doa & tawakal. yang risau risau ni bukan apa. setiap orang nak yang terbaik kan. tapi muhasabah balik "LAMBAT atau CEPAT". must addmit it.

prapppp! sudah sudah pasai tu. Actually, aku SANGATTTTT rindu kawan kawan. ya lahh, almost 2 YEARS kot sakit demam makan kentut tidoq study beribadah sekali. semuanya bersama. rindu sangat sangat. rindu gegirls Rabiatul Adawiyah. and for those yang aku ada buat salah sama ada sedar atau tidak, sangat mintak maaf.

fulltime worker kat rumah ni, makan, tidoq, online, selfie *hahahaha, tgok tv. nasib lah rumah aku kat hujung benua, adalah jugak aktiviti yang aku dapat buat bila keluaq dari pintu rumah. 

 berCakaran daun,

berBakaran daun daun keering

act, best jugak jadi buruh kat rumah. dapat bakaq lemak. hahahaha. tak da lah jadi mandom tenuk yang tungggu lemak dibadan sampai pecah. thats all. cerita orang bujang yang karut berbicaranya. hewhew.

finally, wahai che pah ku sayang muah muah, miss jagung va va vom ni update gak blog. hahahaha. terasa bersalah pulak kat kauthar cintan cintun intan sekaki payung aku ni sebab, tah berpeluh peluh dia menjaya kan aku punya blog ni, tapi aku jarang update. sorreeeiiihhhh. i love you . bye. assalamualaikum.

1 comment: